Selasa, 26 Februari 2013

Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda?

Staff Berita Semasa 

Manifesto PR PRU ke 2013 Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda?

Manifesto Pakatan Rakyat : Baru sebentar tadi Pakatan Rakyat telah pun melancarkan manifestonya “Manifesto Pakatan Rakyat” sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013) bagi memberikan tawaran yang mereka bakal lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia termasuklah kepada anda yang tergolong kalangan 13 juta pengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Adakah anda layak mengundi kali ini?

Buku Manifesto Pakatan Rakyat Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda? 

Ramai pemerhati politik mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 kali ini adalah Pilihanraya paling getir dan panas dalam sejarah pilihanraya Malaysia setakat ini. Masing-masing ada peluang. Tidakkira Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat

Atas sebab itulah kita akan melihatkan pelbagai usaha dan langkah yang akan diambil oleh kedua-kedua kumpulan politik terbesar dan dominan di Malaysia memberikan tawaran bagi menawan hati rakyat Malaysia, termasuklah Manifesto Pakatan Rakyat ini….

Manisfesto Pakatan Rakyat PRU ke 2013 : Butirannya?

  • Tajuk : ”Rakyat : Manifesto Pakatan Rakyat Harapan Rakyat” untuk menangkap perhatian
  • Lokasi : Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
  • Pembaca Manifesto PR : Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli

Manifesto Pakatan Rakyat PRU ke 2013 : Senarai Tawaran Untuk Rakyat & Pengundi?

Manifesto Pilihanraya Umum ke 13 Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda?

1) Manifesto Pakatan Rakyat (Monopoli) :
  • Menghapuskan monopoli termasuklah melakukan perjanjian semula dengan taikun pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bubar 1Malaysia Development Bhd. dan menggantikan dengan Suruhanjaya Anti Monopoli.
  • Suruhanjaya Kontrak Awam diwujudkan bagi menilai semula konsesi berat sebelah, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
2) Manifesto Pakatan Rakyat (Projek) :
  • Mengkaji semula perancangan untuk penabaikan projek penapisan petroleum di Pengerang, Johor
  • Mengkaji semula deretan projek empangan di Sarawak ketika ini
3) Manifesto Pakatan Rakyat (Alam Sekitar) :
  • Mengkaji semula undang-undang alam sekitar termasuklah undang-undang pembalakan
  • Menghentikan segera projek kontroversi nadir bumi Lynas di Gebeng Pahang
4) Manifesto Pakatan Rakyat (Pendidikan, Kerja Kosong, Kemahiran, Perniagaan & Pendapatan) :
  • Mewujudkan 1 juta peluang kerja kosong untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat-peringkat
  • Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
  • Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
  • Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
  • Tabung inovasi IKS RM500 juta
  • Skim gaji baru & perkhidmatan baru penjawat awam akan diperkenalkan yang lebih adil dan saksama
  • Memberi permit terus kepada pemandu teksi
5) Manifesto Pakatan Rakyat (Cukai)
  • Menyelaras cukai rakyat di mana kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
  • Meningkatkan pengecualian cukai pendapatan kepada RM4,000 berbanding RM2,500 yang dilaksanakan pada ketika ini
6) Manifesto Pakatan Rakyat (Tentera) :
  • Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.Manifesto Pakatan Rakyat (pemandu teksi) :
8) Manifesto Pakatan Rakyat (Pengangkutan) :
  • Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya
  • menambah bilangan bas yang sedia ada
  • merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
9) Manifesto Pakatan Rakyat (Perubatan) :
  • Menolak cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care
10) Manifesto Pakatan Rakyat (Lain-lain) :
  • Memansuhkan AUKU & Kebebasan Akademik
Apa pandangan anda dengan Manifesto Pakatan Rakyat sempena Pilihanraya Umum ke 13 kali ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.