KEADILAN DAILY
Beberapa minggu yang lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menerbitkan satu kenyataan media yang menyentuh pengakuan Tun Mahathir dalam penipuan pilihanraya dalam soal pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Perenggan terakhir kenyataan tersebut yang membayangkan satu Roadshow akan dilancarkan oleh SAMM adalah seperti di bawah;Demi rakyat dan kecintaan terhadap negara ini, SAMM dengan kerjasama pelbagai organisasi massa akan sekali lagi menjelajah ke seluruh tanahair termasuk Sabah dan Sarawak bagi meniup kesedaran awam dalam isu babitkan warga asing dan juga menggerakkan massa untuk mengekang warga asing
daripada menjadi pengundi talibarut rejim pemerintah.
1 Febuari 2013 menjadi tarikh penting bermulanya Roadshow anak muda demi pecutan akhir sebelum PRU-13. Menyedari PRU ke 13 ialah peluang terbaik menumbangkan regim warisan penjajah (Umno Bn), maka Roadshow dijayakan oleh SAMM dengan bekerjasama rapat dengan sekutu-sekutu ABU, organisasi mahasiswa serta anak muda dan berkerjasama rapat dengan perbagai peringkat Pakatan Rakyat.
.
SAMM sebuah ormas muda bebas, bukan kerajaan atau front mana–mana parti politik tetapi mengambil sikap politik dan antara objektif jelas SAMM ialah mempersiapkan rakyat untuk perubahan dan menyedarkan hakikat perubahan hanya boleh bermula dengan jatuhnya Umno Bn.
Maka untuk itu SAMM sentiasa berusaha bersungguh–sungguh menjatuhkan Umno Bn dengan apa cara sekalipun. Untuk itu SAMM membuat keputusan untuk menjatuhkan Bn, Pakatan Rakyat (PR) seharusnya dibantu. SAMM bersekutu mendokong idea ABU iaitu bersekutu ke arah perubahan.
Sememangnya peluang untuk menang berdasarkan tapak sokongan amat cerah. Namun penipuan PRU menjadi musuh utama. Jesteru itu regim harus diberi amaran, rakyat harus dipersiap minda, berlaku saja penipuan yang memenangkan Bn maka dalam tempoh 24 jam rakyat harus turun ke jalan tanpa arahan.
Maka, Roadshow kali ini sememangnya khusus untuk menyampaikan ‘signal’ yang jelas kepada setiap kawasan tumpuan di seluruh tanahair selain menjadi medan pecutan akhir demi memberi fokus penyebaran maklumat semaksima mungkin terus kepada rakyat.
Juga turut akan diedar di sepanjang Roadshow (dalam program pagi dan petang di setiap lokasi) ialah set risalah yang diterbit oleh gerakan ABU dan SAMM sendiri selain memastikan maklumat PR dapat turun terus ke tangan rakyat. Ia adalah Roadshow dengan strategi ‘serampang beberapa mata’.
Sempena Roadshow SAMM-ABU, beberapa sidang media juga akan berlangsung pada tarikh dan masa berikut;
Sidang Media: Pelancaran Roadshow SAMM-ABU “AMARAN: TIPU PRU, RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU”
Tarikh: 4 Febuari (Isnin)
Masa: 10 pagi
Lokasi: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH
Kepada semua editor, mohon jasa baik semua rakan media agar dapat menghantar wakil membuat liputan untuk semua sidang media di atas.
Disenaraikan juga dalam kenyataan ini, jadual ringkas Roadshow SAMM-ABU;
1 Feb – Kg Parit Perawas, Sg Rambai, Melaka (012-2478016)
3 Feb – Jalan Seroja 1, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor (012-3312364)
4 Feb – Kg Bahagia Teluk Intan, Perak (012-5595258)
5 Feb – Dewan Sepak Takraw Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor (012-3312364)
6 Feb – Dataran Pasti Bandar Putra, Kulai, Johor (012-7030747)
7 Feb – Taman Kenanga, Jalan Bakri, Muar, Johor (017-3563823)
9 Feb – Felda Palong 2, Gemas, N.Sembilan (Pertanyaan 0123696474)
11 Feb – Depan Kem Pga Kubang Badak, Kuala Terengganu, Terengganu
12 Feb – Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan (019-9317608)
13 Feb – Pej Keadilan Paya Besar, Permatang Badak, Kuantan, Pahang (017-9573855)
18 Feb – Depan Pasaraya C-Mart Arau, Perlis (019-4342244)
19 Feb – Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani, Kedah (017-5568557)
20 Feb – Bukit Panchor, Nibong Tebal, P.Pinang (012-4702074)
21 Feb – Upu Pas Teluk Sarih Kg Gajah, Perak (012-5595258)
22 Feb – Palm Grove, Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor (019-9809974)
23 Feb – Kemuncak: Sebuah Konvensyen Di Kuala Lumpur (010-2675872)
(nombor pertanyaan dalam kurungan)
Maklumat lanjut akan diumum dalam sidang media 4 Febuari nanti.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.