Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
yakin, perubahan pentadbiran selepas PRU 13 berlangsung secara aman
berikutan jaminan pegawai tertinggi tentera termasuk berpangkat jeneral.
“Bila (Lt Jen (B)) Datuk Ghafir (Abdul Hamid) (bekas Timbalan
Panglima Tentera Darat) dan belasan tokoh-tokoh besar tentera sebut
tentang profesionalisme bahawa tentera tunduk kepada Raja, undang-undang
dan negara, ia menjamin untuk membantu peralihan.
“Strategi yang dirancang untuk pastikan perubahan berlangsung secara
aman. Mewakili rakan-rakan Pakatan Rakyat, saya tabik hormat pada
mereka,” kata Anwar sambil memberi tabik kepada bekas pimpinan tertinggi
tentera yang hadir ke Konvensyen Pakatan Rakyat, hari ini.
Selain Ghafir, turut hadir ke konvensyen itu Laksamana Pertama (B)
Mohamad Imran Abd Hamid dan aktivis Pertubuhan Bekas Anggota Keselamatan
Malaysia (Pahlawan).
“Kita
yakin kita mampu tawan Putrajaya. Untuk itu jaminannya adalah kita
menang dengan kerusi yang cukup. Kita sekarang ini berlawan dengan orang
yang kasar dan tamak haloba,” kata Anwar.
“Isu yang penting ialah orang yang ‘penuh temboloknya’ tak mampu
melepaskan (kuasa) dengan mudah. Kita belajar dari pengalaman Bangladesh
apabila pemimpin parti Jemaat-Islami dituduh atas kesalahan tahun
1971,” katanya memberi peringatan.
Dalam pada itu Anwar berkata, penyertaan bekas tentera termasuk
mantan jeneral merungkai aspek baru dalam dasar pertahanan negara.
“Keselamatan negara tak boleh dikompromi. Pembelian senjata yang
terbaik ialah tanpa rasuah dan komisen adalah sesuatu yang mesti
dilaksanakan,” tegasnya.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat tidak akan mengamalkan politik balas
dendam meskipun sekian lama didera, disekat suara dan ramai pemimpinnya
dipenjara.
“Kita akan ambil kuasa untuk bawa agenda rakyat, bùkan berhasrat
untuk membalas dendam. Yang perlu dibuat ialah mengambil balik apa yang
telah dicuri,” kata Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.