Isnin, 25 Februari 2013

Guan Eng: Teras manifesto bukti Pakatan layak ganti BN

JAMILAH HAMZAH

 Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin manifesto Pakatan Rakyat (PR), yang diumumkan hari ini, mampu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, pembentangan manifesto hari ini, yang standard membabitkan tiga komponen utamanya, memberi hala tuju baru, yang mampu memberi rangsangan kepada rakyat untuk bersama PR mengubah kerajaan.

"Masa sudah tiba selama 56 tahun kita tunggu, adakah kita berani untuk bangkit menggulingkan kerajaan yang zalim, rakus dan merompak kekayaan negara dan rakyat?

"Namun untuk menggulingkan kerajaan BN ini belum tentu, tapi kita cuba sedaya upaya dengan membentangkan manifesto dan memberi hala tuju baru kepada rakyat.

"Perkara ini akan merangsang rakyat bersama kita untuk mengubah kerajaan pada PRU13," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen PR Keempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini di sini.

PR mengumumkan manifesto PRU13 dengan menumpukan empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, untuk membangunkan negara rakyat perlu memilih PR sebagai kerajaan baru pada PRU13.

Guan Eng berkata. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang terbaik untuk menjadi perdana menteri dan menunaikan harapan rakyat dan mengemudi negara.

"Kalau mahu negara terus untung, Anwarlah yang terbaik untuk menjadi perdana menteri. Kita kembalikanlah Anwar menjadi perdana menteri," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.