GEORGE
TOWN, — Pemimpin DAP di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur membuat
laporan polis serentak ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
atas tuduhan beliau bahawa menyokong DAP akan menyebabkan Islam akan
ditindas.
Pembantu kepada setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Zairil Khir
Johari membuat laporan polis terhadap Najib di ibu pejabat polis di
George Town jam 10:30 pagi tadi.
"Semakin kita menghampiri pilihan raya, hampir setiap minggu pemimpin Barisan Nasional (BN) akan mengkritik DAP dan Pakatan Rakyat menggunakan sentimen kaum atau agama yang sangat bahaya," katanya di sidang media selepas membuat laporan tersebut.
"Tuduhan yang menggambarkan DAP sebagai parti anti-Islam adalah tidak benar," katanya lagi.
Zairil merujuk kepada kenyataan Najib apabila melancarkan Jelajah Janji Ditepati di Terengganu baru-baru ini.
Perdana menteri (gambar) yang dipetik kenyataannya dari The Star berkata: "Undi untuk PKR akan menghancurkan akidah, manakala undi PAS akan mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam, dan undi untuk DAP akan melihat Islam akan ditindas."
Zairil mengatakan kerajaan PR Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, menunjukkan DAP bukan anti-Islam tetapi menambahkan lagi perbelanjaan untuk jabatan agama Islam peringkat negeri.
"Kerajaan negeri kini membelanjakan RM60 juta untuk jabatan agama Islam negeri setiap tahun," katanya lagi.
Zairil berkata naib pengerusi DAP Senator Dr Ariffin Omar turut membuat laporan polis ke atas Najib di Kuala Lumpur.
"Kita harapkan polis akan mengambil tindakan ke atas tuduhan tersebut tetapi jika tidak, kita akan ambil tindakan undang-undang ke atas Najib," katanya lagi.
Beliau menambah laporan polis yang diadu oleh DAP "tidak diselesaikan" kerana pihak polis enggan membuat sebarang tindakan ke atas pencetus masalah.
"Setiap kali kita ambil tindakan undang-undang, seperti kebanyakan pemimpin PR menyaman Utusan Malaysia dan menang kes RM1 juta setiap tahun tetapi mereka seolah tidak peduli," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.