KEADILAN DAILY
SHAH ALAM : Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan beberapa tawaran dalam manifesto bertema ‘Pakatan Harapan Rakyat’ mengandungi dasar bersama Pakatan untuk membantu ekonomi rakyat.Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.
Berikut antara yang diumumkan:
1. Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.
2. Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
3. Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
4. Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
5. Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
6. Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.
7. Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.
8. Memberi permit terus kepada pemandu teksi
9. Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
10. Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
Untuk kandungan penuh manifesto, KLIK INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.