Khamis, 31 Januari 2013

Yoko Minat Stadium Runtuh

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/yoko%20stadium%20runtuh.jpgWartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh sebahagian bumbungnya kini benar-benar menjadi satu monumen pelancongan apabila seorang diplomat dari Kedutaan Jepun melawat tapak stadium tersebut di Gong Badak pada Rabu 30 Januari.

Sebelum itu, Yoko Suematsu, seorang Penyelidik  kedutaan terbabit mengunjungi Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT), di Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini.

Menurut Setiausaha BPPNT Haji Yahaya Ali, kunjungan Yoko adalah bertujuan mendapatkan gambaran sebenar perkembangan politik semasa, khususnya di negeri Terengganu.

"Setelah mendapat penerangan berhubung isu-isu semasa di negeri ini, beliau telah meminta untuk melihat sendiri keadaan stadium tersebut,"kata Haji Yahaya yang juga beka Exco Infrastruktur Kerajaan Negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.