Selasa, 29 Januari 2013

PESANAN BUAT PERISIK TENTERA

WFAUZDIN NS

ADA perisik tentera memantau facebook aku dan facebook KOBAT?  Ohhh...aku tidak kisah kerana itu memang tugas dan tanggungjawab mereka.  Jika mereka tidak berbuat demikian, mereka akan dicop sebagai anggota tentera yang makan gaji buta.

Cuma aku nak berpesan kepada rakan-rakan ku yang masih berkhidmat di dalam tentera ini terutamanya yang berada di dalam Kor Risik atau MIO.  Laksanakan lah tugas dengan jujur dan amanah kerana Allah, dapatkan lah rezeki yang halal dan diberkati.  Jauhi diri dari melakukan kerja-kerja mungkar dan zalim walaupun arahan itu datang dari pihak atasan kamu.  Kena ingat, kita akan bersara juga satu hari nanti dan kita tidak boleh lari dari berada di dalam masyarakat awam apabila kita tidak lagi berkhidmat di dalam tentera.

Jika kamu makan gaji hanya bertugas sebagai perisik tentera, lakukan lah tugas itu untuk negara tercinta.  Jika niat kamu betul, percayalah, Allah akan bersamamu.  Namun jika kamu mempunyai niat selain dari itu dan berniat untuk menganiayai orang lain, kamu tunggu sahaja masa untuk menerima akibatnya.

Jangan mendabik dada sewaktu kamu dilindungi oleh uniform kamu, kerana tiba masanya kamu akan menanggalkan uniform keramat itu dan berada setaraf dengan aku seperti sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.