Rabu, 2 Januari 2013

Pelakon drama Anak Pontianak hadapi tuduhan miliki dadah

NORAWAZNI YUSOF

PETALING JAYA - Seorang pelakon wanita tempatan bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan memiliki dua biji pil disyaki pil erimin 5  seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 26, yang pernah berlakon dalam drama bersiri Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27,  didakwa didakwa secara bersama-sama memiliki pil tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membebaskan  Zarina dan Mohamad Fakhruzaim dengan ikat jamin masing-masing RM2,000 beserta seorang penjamin yang terdiri daripada  ahli keluarga.

Mahkamah menetapkan 8 Februari ini  untuk sebutan kes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.