KUALA LUMPUR:
PAS menyeru semua jenteranya dan orang ramai memberikan bantuan kepada
mangsa banjir kerana masalah mereka belum selesai dengan surutnya air
banjir ini. Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat
(LKKPP), Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata,
walaupun ramai yang telah dapat pulang ke rumah masing-masing, cabaran
yang bakal dihadapi pasca banjir seperti memperbaikii kerosakan rumah
dan menggantikan barangan serta peralatan rumah yang rosak sudah tentu
menuntut perbelanjaan yang banyak.
Tambahan
pula bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah,
semua persediaan peralatan dan buku sekolah juga mungkin sudah tidak
dapat dipakai langsung.
Mengikut
anggaran yang diberi oleh pihak kerajaan dan media jumlah mangsa yang
terpaksa dipindahkan sudah melebihi daripada 6,000 orang dan mungkin
akan mencecah 7,000 orang.
Walaupun
ada pelbagai pihak telah memberi sumbangan melalui NGO dan sebagainya,
Dr Siti Mariah meminta ahli PAS khasnya untuk menyumbang melalui Dana
Kami Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat supaya
bantuan dapat disalurkan dan diagihkan kepada mangsa melalui
petugas-petugas parti dinegeri-negeri yang terlibat.
Ini juga
dapat memastikan pengagihan yang lebih merata dapat dilakukan oleh PAS
kawasan atau DUN dan tidak tertumpu kepada tempat-tempat tertentu
sahaja.
Dengan cara ini juga ahli-ahli dapat menyumbang kepada amal jamaie yang dipelopori PAS.
Laporan yang diterima beliau memberitahu, ada kampung atau tempat yang tidak mencukupi dana untuk turut membantu mangsa banjir.
(Presiden PAS turut turun padang bagi membantu mangsa banjir)
Sumbangan
wang tunai / cash diperlukan untuk memberi bantuan anak-anak memulakan
persekolahan, untuk membaiki rumah dan juga membayar pendahuluan
pembelian bahan-bahan makanan yang telah dibekalkan kepada mangsa
semasa banjir melanda.
LKKPP
menyarankan setiap keluarga ahli PAS menyumbang untuk membantu pembelian
peralatan atau pakaian sekolah untuk satu orang anak mangsa yang
dianggarkan dalam RM100 seorang.
Sumbangan-sumbangan
lain berbentuk beras, gula dan lain-lain juga diterima dan dihantarkan
ke pusat pengumpulan sementara LKKPP di Pusat Khidmat Masyarakat (DUN
Lembah Jaya) di No 47, Jalan Dagang, Taman Dagang Jaya, Ampang atau
hubungi Pn Hjh Rohainah (013 3407441).
Sumbangan kewangan boleh dimasukkan terus ke DANA KAMI PRIHATIN, BANK ISLAM 1211 3010 0261 50.
Sumbangan kewangan boleh dimasukkan terus ke DANA KAMI PRIHATIN, BANK ISLAM 1211 3010 0261 50.
Dr Siti
Mariah memohon kerjasama semua LKKPP Kawasan untuk menggerakkan kutipan
sumbangan ahli dan penyokong PAS dan sumbangan tersebut dimasukkan
terus ke akaun Dana Kami Prihatin dan seterusnya menghantar mesej
kepada nombor 019 2361889 (Pengerusi) atau 0193575857 (Bendahari) untuk
memaklumkan kemasukan deposit dan seterusnya untuk pengeluaran resit
resmi dari LKKPP.
“Kepada yang telah menghulurkan sumbangan LKKPP, bagi pihak PAS mengucapkan jazakallah hukhairan kathira,” katanya.
takbir
BalasPadamKLIK ambil graduan menganggur bukan guru India