KEADILAN DAILY
SHAH
ALAM Lebih 140,000 orang dari pelbagai lapisan usia membanjiri
Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai
Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Selangor sempena ambang 2013 di sini
malam tadi.
Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan
pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat
santai.
Ia
berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember dengan
pelbagai program menarik termasuk Karnival Pendidikan Selangor- EduSEL
Fair 2012.
Turut diadakan ceramah santai yang bertajuk SPIES membentuk
masyarakat sejahtera yang menampilkan Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri
Yunus dan Ustaz Fauzi Mustafa.
Forum Jom Bercinta yang membariskan panel Ustazah Fatimah Syarha dan
pelakon, Shamsul Ghau-Ghau dan ceramah ilmuan bersama Ustaz Datuk Ismail
Kamus.
Kemuncaknya
program menyaksikan persembahan sajak daripada pelakon, Diana Amir dan
Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin ‘Bollywood’,
Datuk Malek Noor, Kamal Adli, Pierre Andre dan Aziz M Osman.
Memetik TV Selangor, gabungan golongan agama dari generasi
lama dan baru dan artis popular itu menarik perhatian pengunjung untuk
mengikuti majlis dari awal hingga akhir.
Malah detik sambutan tahun baru itu diakhiri dengan nyanyian nasyid
‘Asma Ul Husna’ oleh semula jemputan dan Exco Kerajaan Negeri, Dr
Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail, Dr Yunus Hairi dan
Ketua AMK negeri, Azmizam Zaman Huri.
Ia disusuli dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Azhar Idrus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.