Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika Jakim benar-benar telus, isu itu sepatutnya sudah lama diselesaikan dan bukan sekarang baru hendak bertindak.
"Saya tidak teruja untuk memanjangkan isu amanat ini. Tapi, mengapa sekarang ini Jakim baru mahu panggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedangkan ia dilaung sekitar 30 tahun lalu.
"Saya juga tidak pernah dengar ada kajian saintifik mengenai perpecahan orang Melayu hanya disebabkan amanat itu. Lihat sahaja hari ini, orang Melayu masih sama, tiada perbalahan seperti yang dikatakan," katanya, semalam.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kehidupan masyarakat Melayu di negara ini masih harmoni tanpa ada yang gelisah dengan amanat itu.
"Kalau ada pun berlaku perpecahan, ia hanya kes terpencil dan tidak ada kajian kes itu.
"Sekali lagi, saya ingatkan, Jakim tidak perlu jadi 'hero' dalam isu ini kerana kami orang Pas tidak pernah anggap apa dikatakan Presiden kami sebagai amanat, sebaliknya kata-kata biasa dalam ceramah," katanya.
Katanya, hanya orang luar beranggapan ucapan itu amanat, namun ia tidak beri kesan terhadap ahli Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.