Ahad, 27 Januari 2013

Isu Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) & Rosmah Mansor Ke Gaza, Palestin. Ditemplak Presiden Palestin?

Staff Berita Semasa
 
Gambar Rosmah Gaza Palestin Isu Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) & Rosmah Mansor Ke Gaza, Palestin. Ditemplak Presiden Palestin?

Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah Mansor telah melakukan lawatan kemanusian kerana ingin melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin termasuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerajaan Hamas di Gaza. Jadi….apa isu sebenarnya?

Ia dilihat bermula, apabila kedatangan Perdana Menteri Malaysia bertukar kontroversi “yang cuba dibangkitkan” sehingga terpampang di akhbar-akhbar utama di beberapa buah negara termasuklah di negara haram Israel, Palestin dan juga Indonesia.

Kalau diikutkan rancangan awalnya, Mahmoud Abbas yang sebenarnya mengajak Datuk Seri Najib Razak untuk datang Palestin dan berjumpa dengannya. Tetapi lain pula jadinya apabila Datuk Seri Najib memilih untuk menemui seteru utama Mahmoud Abbas (Presiden Palestin),  Ismail Haniyeh (Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza) seolah-olah Najib Razak dilihat cuba membelakang Fatah yang didokong Mahmoud Abbas sendiri.
Akhbar pertama melaporkan berita ini adalah akhbar Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, pada 22 Januari 2013.

Najib Mahmoud Abbas Gaza Isu Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) & Rosmah Mansor Ke Gaza, Palestin. Ditemplak Presiden Palestin?

Mahmoud Abbas ini siapa? Mahmoud Abbas ini telah mengambil pendekatan mengiktiraf Fatah yang sama sekali tidak mendapat sokongan sebahagian besar rakyat Palestin sendiri pada Pilihanraya yang lalu. Dibelakang Mahmoud Abbas ini adalah Amerika dan sekutu kuatnya Israel. Sedangkan Hamas adalah kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin.

Disebabkan Amerika bertindak tidak mahu mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah yang diangkat oleh rakyat Palestin, akhirnya Mahmoud Abbas dengan rela hatinya memlih untuk menjadi “kuda tunggangan” dengan mengikut apa sahaja telunjuk Amerika.
Keseluruhan piliharaya Palestin tahun 2006 telah membuktikan Hamas memenangi 74 kerusi daripada 132 yang dipertandingkan Dewan Legislatif Palestin
Dipendekkan ceritanya, Mahmoud Abbas memilih Fatah semata-mata untuk mengambil hati Amerika dan sekutunya.

Video Ucapan Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) & Ismail Haniyeh (Perdana Menteri Hamas di Gaza)

Jadi apa masalahnya, sehinggakan kami melihatkan sesetengah pemimpin politik terikut-terikut dengan cuba memperbesar-besarkan lawatan Datuk Seri Najib Razak? Pada pandangan dan pemerhatian kami, mengapa pula Mahmoud Abbas mahu melatah? Sedangkan tindakan Datuk Seri Najib Razak melawat Ismail Haniyeh bagi beliau telah melakukan tindakan yang betul kerana bertindak melawat rakan sejawatnya yang mewakili Hamas (kerajaan yang diiktiraf oleh rakyat Palestin).

Apa pilihan terbaik & keutamaan Datuk Seri Najib razak?
  • Melawat & menemui pemimpin kerajaan sah di Palestin ? @
  • Melawat & menemui pemimpin kerajaan haram di Palestin?
Lokasi manakah yang lebih penting untuk Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan melihatkan situasi yang berlaku di Palestin ketika ini?
  • Adakah di Gaza yang musnah teruk diserang oleh Zionis laknatullah sebelum ini? @
  • Ramallah, Tebing Barat?
Anwar ibrahim Khaled Mashal Isu Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) & Rosmah Mansor Ke Gaza, Palestin. Ditemplak Presiden Palestin?  

Kami tidak faham masih dengan mentaliti individu seperti Mahmoud Abbas ini? Bukankah Datuk Seri Najib Razak pergi ke Gaza yang juga terletak di Palestin, di negara kamu juga? Nah…disebabkan mentaliti pemimpin Islam seperti inilah tidak hairanlah keluasan negara Palestin semakin kecil dan terus-menerus dirobek tentera Zionis laknatullah. Hanyalah dek kerana perkara seperti ini, isu yang tidak sepatutnya diperbesar-besarkan.

Jikalau beginilah gayanya, senang-senang sahaja Israel melaga-lagakan pemimpin islam di negara-negara Arab sekarang. Dan, ya…..nampaknya Palestin secara keseluruhan belum benar-benar bersedia untuk merdeka.

Sekarang ini kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf  perjuangan Hamas dan lebih memilih untuk menyokong kerajaan haram Fatah. Dalilnya, di Malaysia tiada duta Hamas tetapi yang ada hanya duta Fatah semata sahaja. Jadi harapan kami, dengan pertemuan bersejarah ini bakal menyingkap lembaran baru bagi kerajaan Malaysia seterusnya membuka mata terhadap perjuangan sebenar Hamas. Mungkin?

Koleksi Gambar Najib Razak & Rosmah Mansor di Gaza


Jadi ini mungkin sebahagian pendapat dan pemerhatian kami mengenai isu ini. Mungkin ada silapnya di mata anda? Jadi, anda boleh kongsikan pendapat anda bersama kami di sini…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.