Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPURn: ‘Kepantasan’ polis mengenal pasti peserta
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa
kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.
Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan
polis dilaporkan
mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa
kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka.
“Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis
sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat
berkumpul di HKR.
“Membawa
anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak
pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, beliau mempersoal sikap kerajaan yang memberi jaminan
bahawa perhimpunan HKR adalah aman dan selamat, tetapi menghalang
kanak-kanak hadir.
“Kalau sudah beri jaminan, kenapa timbul pula isu tidak boleh bawa
kanak-kanak. Saya kesal sikap polis yang sibuk mengejar isu ini
berbanding soal keselamatan orang awam.
“Hasil daripada tangkapan atau denda tidak akan mendatangkan apa-apa
faedah kepada polis. Ini semua muslihat politik Umno sahaja,” kata Ahli
Parlimen Batu itu.
Polis hari ini dilapor mengeluarkan gambar mereka terbabit yang didakwa membawa kanak-kanak ke himpunan itu.
Menurut polis, perbuatan itu melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan
Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum
RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara
atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.