Gambar: 3
wang palsu di tangan kanan manakala yang tulen di sebelah kiri.
Sama
tapi tidak serupa. Itulah yang dapat dilihat pada mata kasar wang
kertas negara ini apabila dipalsukan untuk digunakan.
Dari segi
dasarnya, wang kertas yang dipalsukan dilihat seakan serupa dan sukar
untuk dikenal pasti sebagai palsu.Wang kertas siri baru yang dilancarkan
pada akhir tahun lalu juga turut dipalsukan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Akibatnya, ramai yang tertipu dan menanggung kerugian
akibat perbuatan mereka yang menggunakan wang palsu dalam urusan
pembelian.
Modus
Operandi kali ini menyelami masalah mangsa terutamanya peniaga
kecil-kecilan yang menjadi sasaran kepada penggunaan wang palsu.
Aktiviti
berniaga makanan di Kampung Muhibah, Bukit Jalil berjalan seperti
biasa. Namun, pada 20 November lalu, seorang peniaga warung, Zuriah
Yaacob, 43, menerima tiga keping wang palsu RM10 daripada anaknya, Mohd
Hazuri Roshideen, 17.
Sudah
menjadi kebiasaannya untuk memasukkan wang keuntungan ke dalam bank di
sebuah mesin deposit bank. Tetapi, tiga keping wang baru RM10 yang
diterimanya sebelum ini gagal didepositkan.
“Mulanya, saya sangka ada masalah dengan duit itu. Tapi bila seorang pengawal keselamatan yang ada di bank memberi penjelasan, barulah saya tahu itu adalah wang palsu.
“Mulanya, saya sangka ada masalah dengan duit itu. Tapi bila seorang pengawal keselamatan yang ada di bank memberi penjelasan, barulah saya tahu itu adalah wang palsu.
“Kerana terkejut, saya terus tanya anak saya,” katanya.
Anak
Zuriah memberitahu bahawa dia tidak menyedari wang tersebut adalah
palsu kerana menerima daripada seorang pelanggan dalam keadaan warung
penuh dengan pelanggan.
Menurutnya,
melalui pemerhatian, wang kertas baru itu sebenarnya menggunakan
cetakan biasa. Melalui saranan daripada rakan bagi mengetahui keaslian
wang tersebut, dia membasahkan wang itu dan mendapati dakwatnya cair
dan benang keselamatan putus-putus tertanggal.
Sejak tiga
tahun menjalankan perniagaan di kawasan tersebut, dia tidak pernah
mengalami kejadian itu. Dia berkata, sejak kejadian itu menimpa
dirinya, 20 peniaga menjalankan perniagaan di situ berhati-hati apabila
menerima wang baru daripada pelanggan.
Zuriah berkata, dua daripada wang palsu yang diterimanya masih dalam simpanan dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat untuk tindakan.
Zuriah berkata, dua daripada wang palsu yang diterimanya masih dalam simpanan dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat untuk tindakan.
itu menunjukkan alasan nak cetak duit baru jugak palsu...sbb sebenarnyer ialah masyuuuuuuk.....hihihihihi
BalasPadam