Video
saksi yang menunjukkan Kenderaan panduan empat roda (4WD) NGO Anak
Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dikaitkan dengan PAS, dipandu ke
arah orang ramai di Negeri Sembilan Ahad lepas, telah muncul untuk
menyangkal dakwaan bahawa kenderaan itu telah diserang.
Dalam video selama lima minit itu yang dikatakan mula dimuat naik ke Internet oleh pengguna Facebook Razali Zakari, kenderaan itu dilihat memecut ke arah kumpulan yang membawa bendera BN.
Kenderaan itu berhenti secara mendadak, dan mereka mula memukulnya dengan batang bendera, dan 4WD terus berundur dengan laju.
Kenderaan warna kuning itu kelihatan membawa seorang lelaki di belakang ketika ia berundur dari situ.
Kemudian dalam video itu, seorang lelaki dilihat sedang memeriksa sebuah motosikal, manakala anggota RELA dilihat di kalangan kumpulan tersebut, yang kebanyakannya membawa bendera BN.
Video itu telah dimuat naik semula ke YouTube oleh blogger Anak Sungai Derhaka, dikatakan selepas Razali mengeluarkan video itu dari laman Facebooknya.
Adalah dipercayai bahawa video itu merakamkan apa yang telah berlaku sebelum cermin depan dan cermin sisi kenderaan itu dipecahkan dengan batang bendera oleh sekumpulan lelaki yang berang.
Kejadian berlaku berhampiran Felda Bukit Rokan Utara, tidak jauh dari Tampin. Kumpulan itu menghalang Konvoi Kembara Oren ANAK daripada memasuki kawasan tersebut.
Sinar Harian pada hari Isnin memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata kenderaan itu telah melanggar motosikal seorang penduduk.
Pengarah Kembara Oren Negri Sembilan, Abdul Rahman Ramli kemudiannya pada Isnin memberitahu Harakahdaily bahawa kenderaan itu "secara tidak sengaja tergesel sedikit motosikal tersebut" ketika berundur dari kumpulan tersebut.
Bercakap kepada Malaysiakini, Presiden ANAK yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS, Mazlan Aliman berkata tindakan pemandu itu adalah disebabkan dia "panik".
"Mana dia tak panik? Dia terpaksa berundur sebab fikir nak selamat alat dan kita," kata Mazlan yang menurutnya ketika itu berada pada jarak beberapa buah kereta di belakang 4WD itu.
Apabila ditanya mengapa pemandu memecut ke arah orang ramai, beliau berkata konvoi itu tidak menjangka jalan utama akan disekat dan memutuskan untuk mengelak Felda Bukit Rokan Utara dan meneruskan perjalanan mereka ke Jelai.
beliau berkata, konvoi itu tidak menjangka bahawa jalan utama akan disekat dan memutuskan untuk mengelak Felda Bukit Rokan Utara dan meneruskan perjalanan mereka ke Jelai.
"(Pemandu) nak terus ke Jelai tapi dah dikepung, jadi dia undur. Itu dilihat sebagai cuba mencabar.
"Tak sangka diprovokasi macam tu dan dlayan tahap itu, sebab nak masuk beri risalah sahaja. Malah sebelum ini, kami telahpun memaklumkan kepada pihak polis," tambahnya.
Dua peserta konvoi itu mengalami kecederaan dalam pergelutan tersebut dan laporan polis telah dibuat di ibupejabat polis daerah Jempol.
[Baca berita penuh]
1. Jelajah Oren: Kenderaan rosak, 2 peserta cedera

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.