KUALA
TERENGGANU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu (JPAM)
membantu menangkap 41 ekor ular yang masuk rumah semasa banjir di negeri
ini.
Pegawai
JPAM Terengganu, Leftenan (PA) Nor Asmawi Abdul Mutalib, berkata jenis
ular yang ditangkap itu ialah seperti tedung dan sendut dan haiwan itu
diserahkan kepada pihak berkuasa relevan.
Dalam
tempoh dua hari sahaja sejak banjir mula melanda negeri ini Ahad lepas,
pihak JPAM menerima aduan 13 hingga 16 kes ular masuk rumah setiap
hari, katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, biasanya pada musim banjir, ular akan mencari tempat perlindungan apabila sarangnya ditenggelami air.
Katanya
orang ramai boleh menghubungi pusat kawalan operasi banjir daerah dan
negeri yang dibuka 24 jam untuk mendapatkan bantuan menangkap ular yang
memasuki rumah mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.