SINAR HARIAN
PUTRAJAYA - Calon temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di
negeri yang terlibat banjir dibenarkan menukar tarikh temu duga mereka
ke tarikh lain.
SPA dalam satu kenyataan hari ini berkata para calon boleh menghubungi
Mohamad Nazmi Ismail dari Bahagian Pengambilan di talian 03-8885 6309
untuk calon berkelayakan diploma dan ijazah, atau Mohd Shaiful Ibrahim
dari Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-8885 6010 untuk calon
berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dan sijil lain.
Mereka juga boleh menghubungi talian utama 03-8885 6000 atau Pegawai Perhubungan Awam di talian 03-8885 6013.
Untuk maklumat lanjut, calon boleh menyemak laman web SPA di www.spa.gov.my atau e-mel kepada radziah@spa/gov.my. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.