SHAH ALAM - Soalan cepumas Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mendapat
respons daripada ahli-ahli Umno, termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Datuk
Saifuddin Abdullah yang mengakui beliau telah menjawab 'kajian'
Presidennya itu dengan memilih pilihan satu iaitu menyokong parti
meskipun tidak menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, ahli-ahli parti harus menyokong senarai calon yang dipilih kepimpinan tertinggi parti.
"Saya lihat Presiden mengulangi soal ketaatan kepada parti. Beliau tahu bahawa kesetiaan ahli dan pemimpin akar umbi tidak diragui sama sekali.
"Tapi saya rasa beliau bimbang dengan setengah pemimpin Umno, terutamanya wakil rakyat kini. Sebab itu beliau luahkan soalan cepumas itu," kata Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Kata beliau, sebagai wakil rakyat, "kita perlu secara peribadi dengan beliau dan secara terbuka umumkan jawapan kita supaya beliau mudah buat pemilihan calon."
Katanya, beliau telah memaklumkan pendiriannya kepada Najib semalam selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno .
"Justeru, masa bersalam dengannya selepas ucapannya, saya jawab padanya, "sir, untuk soalan cepumas itu, jawapan saya ialah nombor satu iaitu sekiranya saya tidak dipilih bertanding, saya akan sokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh 'you' (Datuk Seri)'," katanya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh turut memaklumkan responsnya itu menerusi Twitter semalam.
Dalam pada itu, Najib menerusi Twitter malam tadi berkata, "terima kasih kepada semua yang jayakan Perhimpunan Agung Umno 2012. Bawalah semangat yang membara serta berkhidmat kepada rakyat."

Perdana Menteri semalam melontarkan soalan 'cepumas' penuh bermakna
bagi menguji tahap kesediaan anggota Umno untuk menyokong parti
sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon PRU13.
Menyifatkannya sebagai soalan yang penting dan perlu dibuat kaji
selidik, Presiden Umno itu mengajak para pejuang parti untuk memikirkan
persoalan itu kerana ia bakal menentukan kalah menang parti pada pilihan
raya umum itu.
Lima kemungkinan ditawarkan Najib bagi menjawab soalan cepumas yang
sarat dengan mesej itu -- sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong;
tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.