Dijangka apabila mereka sampai ke Kuantan pada tengaharinya, ribuan lagi kenderaan akan menyertai perjalanan ke loji Lynas di sebelah petang, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Pemanduan protes itu dijadualkan bermula dari Gombak pada pukul 8 pagi 31 Disember dan sampai di Gebeng pada pukul 5 petang.
Wong berkata kempen tersebut adalah untuk menghantar mesej kepada Lynas supaya "keluar dari negara ini", dan kepada kerajaan supaya memastikan tidak ada undang-undang atau prosedur yang dicabuli.
Ditemui selepas sidang akhbar itu, Wong memberitahu Malaysiakini bahawa Himpunan Hijau telah menyediakan senarai syarikat yang menjalankan perniagaan dengan Lynas dan akan, dalam masa seminggu, menggesa pemboikotan syarikat-syarikat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.