Ahad, 30 Disember 2012

Pakatan janji sedia dana haji setiap Dun di Sabah

Muhammad Faizal,
 
KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat berjanji akan menyediakan dana haji bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila mengambil alih pemerintahan di Sabah.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin, berkata usaha ini merupakan satu lembaran baru dan bersejarah kepada umat Islam di Sabah yang tidak pernah diberikan oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut beliau, langkah pertama berhubung dana tersebut adalah dengan menghantar 300 orang umat Islam menunaikan haji ke Mekah setiap tahun dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Kita ingin meningkat martabat Islam di Sabah dengan memberikan pembelaan sepenuhnya dan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini.

"Kita akan menyediakan dana khusus kepada umat Islam untuk mereka mengerjakan haji setiap tahun, seramai 300 orang akan dihantar ke Mekah dan mereka akan dipilih dari setiap Dun, perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi.

Lajim yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) memberitahu kouta haji itu melibatkan lima orang bagi setiap Dun yang merangkumi 60 Dun di Sabah.

"Perkara ini terkandung dalam deklarasi PPPS dan telah dipersetujui oleh ketua-ketua parti komponen di dalam Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP.

"Pelaksanaan ini akan menjadi aktiviti tahunan kerajaan Sabah, saya pasti ia akan jadi satu kenyataan jika rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti," tambah beliau.

Beliau yang percaya langkah menyediakan dana dan menghantar umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu dijangka mencetuskan persaingan sihat kepada pimpinan kecil beragama Islam di peringkat akar umbi.

Malah beliau juga berharap ia akan dapat memenuhi impian setiap rakyat beragama Islam yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan hasrat mereka tanpa dibebani sebarang masalah.

"Jika ini menjadi kenyataan, Pakatan bukan sahaja berjaya membentuk kerajaan negeri yang prihatin tetapi bakal menjadi mercu tanda terhadap pembangunan Islam sebagai agama rasmi di negara ini," ulas beliau lagi.

Sebelum itu, Lajim yang menjelaskan penyediaan dana haji akan menjadi agenda utama pada ucapan dasar beliau yang bertemakan "Merealisasikan Harapan Rakyat Sabah" pada masjis Pelancaran PPPS di Kota Kinabalu esok.

Majlis pelancaran itu akan turut dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

45 ulasan:

  1. Pembangkang semakin cemas dan terdesak sehingga sanggup menggunakan tektik kotor dengan cuba melaga-lagakan dikalangan pemimpin BN sebagai `modal’ terakhir untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

    BalasPadam
  2. YB Dato’ Hamidah Osman berkata, pembangkang terpaksa menggunakan taktik kotor ini kerana mereka sudah tidak ada cara lain untuk meraih sokongan rakyat melainkan menabur fitnah dan cuba melaga-lagakan dikalangan pemimpin BN.

    BalasPadam
  3. Pembangkang terpaksa menggunakan taktik kotor ini untuk menghadapi pilihanraya umum pada kali ini kerana mereka terdesak akibat semakin kehilangan keyakinan dan sokongan rakyat

    BalasPadam
  4. Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi men ghadapi pilihanraya umum akan datang kononnya dimiliki pembangkang sebagai gimik politik pembangkang.

    BalasPadam
  5. Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sedang menyiasat berhubung dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang kononnya dimiliki pembangkang.

    BalasPadam
  6. pihaknya juga telah menghantar surat kepada semua parti komponen BN supaya berhati-hati dan menganggap dokumen-dokumen yang diedarkan sebagai rahsia.

    BalasPadam
  7. Pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin membuktikan pembangkang semakin terdesak sehingga terpaksa menggunakan taktik lebih liar untuk menjejaskan kredibiliti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

    BalasPadam
  8. Parti pembangkang seolah-olah dalam keadaan gerhana, sebab itu pelbagai taktik kotor dirancang untuk mempengaruhi rakyat termasuk dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

    BalasPadam
  9. Tetapi nampaknya taktik mereka ini lama-kelamaan memakan diri apabila individu yang dibelakang mereka selama ini iaitu Raja Petra membuat pendedahan demi pendedahan

    BalasPadam
  10. seni politik yang tidak munasabah oleh pembangkang itu nampaknya semakin banyak memberi kelebihan dan membantu meningkatkan kredibiliti Najib.

    BalasPadam
  11. Parti pembangkang kini dalam keadaan terdesak meraih sokongan rakyat di negeri ini sehingga sanggup menggunakan isu yang mustahil untuk dilaksanakan.

    BalasPadam
  12. parti pembangkang berani menggunakan banyak isu kerana mereka hanya pandai bercakap dan tidak mampu untuk melaksanakan janji yang dibuat.

    BalasPadam
  13. Musa mahu rakyat di negeri ini supaya bijak menilai isu-isu yang dibawa oleh parti pembangkang yang hanya mahu memesongkan pemikiran mereka untuk meraih sokongan

    BalasPadam
  14. Sabah lawmakers Datuk Seri Lajim Ukin and Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing left Barisan Nasional (BN) in search of higher positions in the opposition, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said.

    BalasPadam
  15. The state BN chief told Mingguan Malaysia in an interview published today that the duo's departure would not threaten Umno or BN's position in the state.

    BalasPadam
  16. "I think they (Lajim and Bumburing) wanted greater positions than what they had. There are some with big ambitions and surely this is what they would do... this is every individual's right.

    BalasPadam
  17. "Umno and BN is not threatened. Sabahans are smart enough to gauge who is right.

    BalasPadam
  18. "This notion is the sort of opposition propaganda used to confuse the people," Musa was quoted as saying in the weekend edition of Umno-owned Utusan Malaysia.

    BalasPadam
  19. The state leader, however, appeared to question the sudden decision of both MPs to leave BN's side, asking why the duo was suddenly so busy with serving their constituents.

    BalasPadam
  20. "Rightfully, it is when they are holding the posts of minister and deputy minister when they should be doing that," he added.

    BalasPadam
  21. Najib said Lajim's and Bumburing's exits would not affect the date of the coming polls as speculated, adding that the ruling pact is taking steps to strengthen its east Malaysian fortress.

    BalasPadam
  22. The prime minister had also said that despite rumours that more would follow in the footsteps of the Beaufort and Tuaran MPs, BN was capable of dealing with the issue.

    BalasPadam
  23. Sebelum ini kita saksikan pembohongan Anwar (kita katakan Anwar pembohong berdasarkan beliau telah banyak kali berbuat demikian kerana ingin menjatuhkan Tun Mahathir), bahawa beliau telah mempengerusikan Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, tetapi beliau enggan menerima bantuan dana tersebut semasa krisis matawang dunia yang menyaksikan keruntuhan kewangan banyak negara dunia.

    BalasPadam
  24. Untuk menyelamatkan kulit beliau, beliau berbohong menuduh yang Tun Mahathir lah yang menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman

    BalasPadam
  25. Anwar berucap di Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dihadiri wakil kedutaan asing untuk membuang image beliau sebagai “Agen Amerika & Yahudi”

    BalasPadam
  26. DIKALA seluruh negara terkejut dan tertanya-tanya dengan tujuan disebalik sumbangan dana yahudi kepada pihak-pihak yang ada kaitan dengan Pakatan Rakyat, Malaysiakini membangkitkan pulak soal pertemuan Najib dengan Soros di Washington 2 tahun lepas.

    BalasPadam
  27. Sepatutnya pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan George Soros, yahudi penyangak mata wang yang kini menjadi pembiaya utama parti-parti pembangkang utama di Malaysia ini, tidak menjadi isu.

    BalasPadam
  28. Hadi Awang pernah berjumpa dan berpeluk dengan Perdana Menteri, adakah itu maksud PAS sudah bergabung dengan UMNO?

    BalasPadam
  29. bodoh benarlah kepada sesiapa yang membangkitkan isu itu semata-mata untuk menutup hakikat bahawa mereka ditaja dan dibiayai yahudi. Perjumpaan, pertemuan seumpama itu tidak membawa maksud kerana dari segi latar belakang kewangan pun, UMNO tak perlu duit Soros.

    BalasPadam
  30. Pendekatan seumpama ini nampak sangat trademark Anwar – membodohkan rakyat.

    BalasPadam
  31. Puak-puak ini sengaja mencetuskan isu yang bukan isu untuk mengalih perhatian rakyat daripada hakikat bahawa mereka menerima dana yahudi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

    BalasPadam
  32. Terbaru ini dikaitkan pula dengan wang RM 40 juta yang kononnya diterima UMNO Sabah dengan soal penerimaan dana dari Soros, nak gelak pun ada. Hujung pangkal RM 40 juta ini pun kita tidak tahu, tak pasal-pasal nak dikaitkan dengan Soros pulak.

    BalasPadam
  33. Jangan bagi janji jika belum tahu dapat di tunaikan atau tidak.

    BalasPadam
  34. Ini pendekatan terbaru di buat pembangkang untuk mengaburi mata rakyat.

    BalasPadam
  35. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini meminta rakyat bijak menilai parti pembangkang yang kononnya berpakat sebagai Pakatan Rakyat, namun sebenarnya mereka gagal berpakat dalam semua perkara.

    BalasPadam
  36. Beliau berkata, pendirian berbeza antara pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu kalimah Allah misalnya, membuktikan kepimpinan parti pembangkang gagal mewujudkan pakatan yang jitu.

    BalasPadam

  37. "Jadi, apa makna sebenar pakatan yang mereka wujudkan ini, kalau perkara penting seperti ini pun tidak dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    BalasPadam
  38. Beliau berkata, isu kalimah ALLAH sepatutnya diselesaikan secara baik oleh parti pembangkang supaya isu itu tidak menjadi pertelingkahan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

    BalasPadam
  39. "Kegagalan pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu itu membuktikan pakatan yang diwujudkan mereka adalah untuk pilihan raya semata-mata," katanya.

    BalasPadam

  40. Beliau berkata, semua penyokong parti politik perlu mengambil pendekatan rasional dan bukannya emosi bagi mengelak insiden tidak diingini apabila memperkatakan berkenaan isu sensitif seperti isu kalimah Allah.

    BalasPadam
  41. Katanya, isu sensitif membabitkan agama yang ditimbulkan pihak tertentu sejak kebelakangan ini dilihat seperti mahu menguji masyarakat Islam dan cuba menggugat keamanan negara.

    BalasPadam
  42. Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada 1,330 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu dan Sekolah Kebangsaan Air Putih, dekat sini.

    BalasPadam

  43. Dalam ucapannya, Adnan meminta golongan pendidik menerapkan secara bersungguh-sungguh nilai murni supaya pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga menjadi insan bermoral.

    BalasPadam
  44. "Nilai murni yang sebelum ini diamalkan pelajar dilihat sudah semakin hilang, ada segelintir pelajar sekarang tidak lagi menghormati ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

    BalasPadam
  45. "Apabila kita sudah tidak memiliki nilai murni dalam diri, kita hanya berbangga dengan pencapaian akademik saja, bangga dapat 5A misalnya, tapi tidak tahu menghormati orang lebih tua. Maknanya, kita berjaya dalam aspek luaran, tapi dalaman sudah kosong," katanya.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.