THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA
LUMPURs — NGO pemerhati jenayah MyWatch hari ini menyeru Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan keperluan
Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohamad sebagai pegawai perhubungannya bagi
Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
MyWatch mengatakan Hishamuddin (gambar)
mempunyai seorang pegawai perhubungan dengan jawatan Timbalan Penguasa
Polis (DCP) membolehkan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan
langsung bagi pasukan polis, tanpa melalui Ketua Polis Negara (IGP).
“Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri
mencampuri urusan PDRM tanpa menyampaikan arahan secara terus kepada
IGP.
“Ini juga satu lagi bentuk pembaziran sumber polis dan tidak produktif,” kata Pengerusi MyWatch dalam satu kenyataan di sini.
Menurut MyWatch, pembantu Perdana Menteri (ADC) hanya
berpangkat Timbalan Penguasa Polis, (ACP), tetapi Wan Ahmad Najmuddin
diberikan pangkat yang lebih tinggi, dan pendapatan setaraf dengan Ketua
Polis (CPO), Pegawai Penyiasat Jenayah (OCCI) atau Ketua Polis Daerah
(OCPD).
NGO itu turut melahirkan kekecewaannya dengan aduan-aduan
yang dikemukakan kepada Hishammuddin melalui akaun Twitter
@HishammuddinH2Onya yang hanya dihantar ke akaun @tok_we Wan Ahmad
Najmuddin yang mana jarang sekali pernah digunakan.
Minggu lepas, MyWatch mengatakan terdapatnya penglibatan
pegawai-pegawai polis atasan dalam aktivit pengubahan wang haram, judi
haram, pelacuran, penyelenggaraan taruhan bola sepak dan mempunyai
hubungan langsung dengan tokoh-tokoh dunia penjenayah.
Malah, mereka juga turut mempersoalkan Ketua Polis Negara
Tan Sri Ismail Omar, yang hanya mendiamkan diri apabila berhadapan
dengan bukti salah laku kumpulan yang mana jelas kumpulan itu akan
menyediakan bukti kepada pihak berkuasa.
“Mengapa harus beliau memilih untuk berdiam diri, dan
kenapa beliau tidak bertindak ke atas pegawai yang rasuah?” kata
Sanjeevan.
MyWatch pertama kali muncul di media apabila penaungnya,
bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa beberapa
menteri dan ahli-ahli politik, termasuk Hishammuddin memberikan arahan
langsung kepada pasukan polis.
Berikutan pendedahannya, Musa dan kumpulan telah dikritik
oleh beberapa bekas tokoh awam termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuff, bekas panel penasihat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang, dan
bekas ketua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zain
Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.