SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul
Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan
pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang
sekarang.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam
berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari
ini.
Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr
Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian
Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja
sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.
SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan,
Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga
pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita,
36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi
Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik
Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. -
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.