Oleh Aliff Fikri
KUALA LUMPUR : Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria
Abdul Hamid menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
harus memberi penekanan kepada tugasan lebih mendesak daripada membuat
tapisan terhadap calon pilihan raya.
Beliau mengulas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
yang mahu mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon tersebut
kepada SPRM untuk proses tapisan.
Menempelak
cadangan itu, Zakaria berkata, SPRM perlu memperbaiki tugas asasinya
terlebih dahulu bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap badan
tersebut.
“Bukan tugas SPRM untuk buat tapisan. Tiap parti pastinya telah membuat tapisan sendiri.
“Mengapa SPRM tidak selesaikan dahulu kes-kes salahguna kuasa dan
berprofil tinggi seperti didedahkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri
Musa Hassan dan yang dilaporkan Deepak Jaikishan,” kata Zakaria ketika
dihubungi.
Menurutnya, KEADILAN khuatir saranan tersebut akan dimanipulasi oleh Umno BN demi meraih kemenangan dalam PRU 13.
“Kita juga bimbang SPRM kemudian akan digunakan oleh pihak
berkepentingan iaitu Umno BN untuk menafikan hak calon-calon Pakatan
Rakyat untuk bertanding,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.