Selasa, 25 Disember 2012

Hak siswa berhimpun dihalang, kehakiman pincang

KEADILAN DAILY

Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) membidas keputusan mahkamah yang menghukum Umar Mohd Azmi secara berat sebelah

.

Mahkamah Majistret yang menghukum Umar Mohd Azmi dengan sebulan penjara dan denda RM 1000 kerana dikatakan kononnya menghalang kerja-kerja pegawai DBKL ‘membersihkan’ mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka pada bulan April yang lalu.

Kami, GMPP membidas keputusan berat sebelah pihak mahkamah yang hanya melihat tindakan Sdr Umar yang cuba menghalang tindakan intimidasi pihak DBKL yang menghalau para mahasiswa yang berkhemah.

Rakan-rakan kami yang berada ketika itu jelas memberitahu tindakan pihak DBKL adalah satu intimidasi berniat jahat untuk semata-mata menggagalkan sokongan terhadap perjuangan pelajar menuntut pemansuhan PTPTN dan perhimpunan Bersih.

Hukuman sebegini memberi satu pandangan bahawa rakyat di Malaysia tidak diberikan hak untuk berhimpun, bersuara dan menuntut keadilan dan pembebasan.

Hukuman ini jelas juga satu tamparan kepada kebebasan sistem kehakiman negara yang hanya mendengar cereka pihak berkuasa.

Kami di GMPP akan tetap meneruskan sokongan kami terhadap kumpulan mahasiswa yang meneruskan perjuangan untuk penghapusan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma di bumi kita.

Hidup Kuasa Anak Muda dan Mahasiswa!

Karthiges

Kordinator
Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.