SEGAMAT:
Sebuah pusat hemodialisis di sini akan menerima RM1 juta daripada
kerajaan negeri Johor sebagai sebahagian daripada usaha membesarkan
projek bangunan baru dengan 100 unit dialisis.
Menteri
Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan peruntukan untuk Wisma
Pertubuhan Hemodialisis Muhibbah Segamat, Isnin pada majlis pecah tanah
bagi projek di Bandar Putra.
Projek RM8 juta yang melibatkan bangunan enam tingkat itu dijangka akan disiapkan menjelang akhir tahun depan.
Kemudahan
baru itu akan dapat menerima sehingga 300 pesakit setiap hari
berbanding 150 pesakit pada masa sekarang kata pengerusinya Tan Sri Tan
Beng Tong.
Pusat ini
yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah itu
telah ditubuhkan 17 tahun lalu dengan hanya lapan buah mesin.
Kini ia mempunyai 45 mesin di pusat utamanya di Segamat Baru dan cawangan di Labis.
Tan
berkata pusat itu telah mengumpul dana untuk membina sebuah pusat yang
lebih besar dengan lebih banyak mesin kerana peningkatan bilangan
pesakit berkaitan buah pinggang yang memerlukan khidmat rawatan
dialisis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.