Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri
Musa Hassan didesak jelaskan secara terperinci berkenaan campur tangan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam penyiasatan
polis seperti yang didedahkan beliau semalam.
Ketua
Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata,
pendedahan Musa itu mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa menteri
memang campur tangan dalam pentadbiran polis.
“Pendedahan itu mengesahkan kenyataan kita selama ini menteri ada
campur tangan dalam pentadbiran polis, khususnya hal ehwal politik,”
kata Shamsul.
“Justeru, jika pendedahan Musa itu berdasarkan prinsip dan ingin
membetulkan keadaan, kita minta beliau dedahkan lebih terperinci dalam
kes mana Hishammuddin telah campur tangan,” katanya ketika dihubungi.
Mengikut laporan Malaysiakini, Musa menyatakan Hishamuddin campur tangan dalam pentadbiran PDRM semasa dalam kepimpinan beliau.
Musa mendakwa, Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada
pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa
pengetahuannya.
Shamsul berkata, AMK sedia membawa kes tersebut ke peringkat
seterusnya, jika Musa tampil menjelaskan mengenai campur tangan
tersebut.
“Pesanan kita kepada ketua polis sekarang, janganlah terikat dengan
arahan menteri, siasat kes dengan adil tanpa sebarang pengaruh politik,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.