Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR : Skandal rasuah RM40 juta melibatkan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia
mendapat liputan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di Hong Kong – South China Morning Post City.
Akhbar
tersebut melaporkan pertemuan delegasi KEADILAN dengan pihak berkuasa
dan Ahli Parlimen Hong Kong untuk menggesa siasatan terhadap kes rasuah
itu supaya dibuka semula.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang ketika
dihubungi memberitahu, terdapat sekurang-kurangnya lima media cetak Hong
Kong membuat liputan terhadap kes berkenaan.
“Ia menunjukkan media antarabangsa memandang berat isu ini,” katanya.
Akhbar lain yang membuat liputan kes rasuah itu antaranya Hong Kong The Sun, AM730, Hong Kong Oriental Daily dan Hong Kong Singpao.
“Selain media, pihak berkuasa di sana juga sangat mengambil berat isu
ini. Jika betul tiada kes, mana mungkin media nak buat liputan,” kata
Lih Kang.
“Kita harap agensi kerajaan di Malaysia juga dapat mengambil tindakan sewajarnya,” sambung beliau.
Sebelum ini, Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong kerana terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta.
Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa tetapi pemimpin
Umno terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz
mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah.
Lih Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli
Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya
Selatan, Hee Loy Sian ke Hong Kong selama dua hari, bermula 21 November
lalu.
Delegasi terbabit juga ditemuramah khas oleh Reutera-Bloomberg yang mengikuti perkembangan kes tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.