KUALA LUMPUR— Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
(gambar) mengakui Umno dan Barisan Nasional berhadapan misi sukar untuk
memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum Ke-13
yang bakal menjelang.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata berkata faktor tersebut perlu diambil kira memandangkan terdapat sesetengah parti politik yang cuba memecahkan umat Islam di Malaysia tetapi memberitahu pihak parti terbabit.
“Tidak dapat dinafikan jentera Umno-BN akan berhadapan saingan sengit pada PRU nanti disini. Tapi saya rasa peluang cerah untuk menang itu ada.
“Halangan untuk memenangi berpunca daripada sesetengah parti di dalam negara yang cuba memecahbelah umat Islam di dalam negara,” kata Raja Nong Chik selepas menghadiri sambutan hari raya Aidiladha di Pantai Baharu pagi tadi.
Beliau, yang dilihat berkemungkinan menjadi calon Umno untuk bertanding Parlimen tersebut, berkata persiapan rapi sudah dilakukan dan kesemua jentera parti sudah tidak sabar menanti lampu hijau daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sahaja.
Pada PRU 2008 lalu, kerusi hangat milik Umno yang ditandingi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu tewas mengejut kepada anak perempuan ketua pembangkang, Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah memenangi kerusi itu dengan mendapat 21,728 undi berbanding calon BN 18,833 undi dan calon bebas 489 undi.
Baru-baru ini, Shahrizat secara terbuka juga menyatakan sokongan terhadap Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Umno untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.
Shahrizat juga berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan tersebut selama ini.
“Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan,” kata bekas menteri yang dikaitkan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) itu.
Dalam isu berasingan melibatkan gesaan dua badan bukan kerajaan Perkasa dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang mendakwa umat Islam dihina secara terbuka, Raja Nong Chik berkata dia enggan memberi komen mengenai isu tersebut.
“Mengenai isu itu, saya tidak mahu komen,” kata Raja Nong Chik semasa menghadiri majlis sambutan Aidiladha di Pantai Baharu pagi ini.
Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini, ABIM mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem “My Name is Khan” lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung.
NGO tersebut berkata penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan.
“Penayangan filem tersebut membawa mesej yang mengelirukan,” kata ABIM.
ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya.
Baru-baru ini juga, Perkasa turut mencetuskan konflik sama apabila menggesa umat Islam memboikot penyanyi terkenal Jacyln Victor kerana menyanyikan lagu “Harapan Bangsa”, sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu yang didakwanya satu penghinaan kepada Islam.
Victor, seorang penganut agama Kristian baru-baru ini terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain.
Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu “Harapan Bangsa” bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.
“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja.
“Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.