MALAYSIA KINI
Ahli
Parlimen DAP Tony Pua dan Teo Nie Ching hari ini menyangkal dakwaan
Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim, dengan menunjukkan kepadanya
bahawa bukan satu peratus, tetapi 25 peratus rumah kos rendah dan
sederhana yang dirancang di negeri itu, telah pun disiapkan.Wakil rakyat DAP itu berkata jawapan Selangor di Dewan Undangan Negeri menyatakan dengan jelas bahawa 5,526 unit perumahan kos sederhana rendah dan sederhana, telah siap.
Ini adalah kira-kira 25 peratus daripada 23,637 yang dirancang oleh
kerajaan negeri Selangor, dan ianya bercanggah dengan dakwaan Lim di Dewan Rakyat bahawa "tidak sebuah pun rumah kos rendah atau sederhana telah dibina" oleh Selangor sejak Mac 2008.
Menurut mereka, Lim nampaknya hanya membaca separuh daripada jawapan kerajaan negeri.
Mereka memberitahu demikan dalam satu kenyataan ekoran lawatan ke tapak sebuah projek perumahan mampu milik di Bangi yang akan siap tidak lama lagi.
Menurut mereka lagi, sebagai seorang jurutera sivil, Lim harus tahu bahawa 25 peratus siap dalam tempoh empat tahun adalah "terpuji" kerana "merancang, meluluskan dan membina rumah bukan seperti memesan sepinggan char koay teow".
Selain projek Bangi, kerajaan negeri juga membina 135 unit rumah mampu milik di Sungai Long yang dijadual siap tahun depan, dan 563 unit di Shah Alam, kata mereka.
Mereka menambah rumah tersebut dibina oleh kerajaan negeri Selangor, walaupun menyediakan rumah mampu milik, menjadi kewajipan kementerian perumahan dan kerajan tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.