ENTAH atas arahan siapa, tetapi dipercayai arahan pemimpin UMNO Beluran,
ada pihak yang sanggup bertindak kejam dan di luar perikemanusiaan
merampas kerusi roda daripada OKU yang menghadiri Majlis Angkatan
Perubahan Sabah (APS) di Beluran di hadapan lebih 100 orang penduduk.
Kejadian memalukan atau 'buruk siku' berkenaan terjadi di daerah
mengundi Kaniogan iaitu sebuah kampung yang terletak di sebuah pulau
terpencil dalam daerah Beluran yang hanya dapat dihubungi melalui
pengangkutan laut merentasi Lautan Sulu dan mengambil masa 90 minit
dengan kadar kelajuan 60 knot.
Kg. Kaniogan menyumbangkan kira-kira 461 pengundi berdaftar yang terdiri daripada rakyat jati tempatan.
Menurut mangsa, tuntutan ajaran ugama Islam, sesuatu harta benda yang
telah diwakafkan kepada seseorang, apatah lagi dirinya sebagai OKU;
Pewakaf tidak lagi mempunyai hak untuk menuntut kembali harta benda
tersebut, namun bagi UMNO/BN tuntutan ajaran ugama boleh dipolitikkan.
"Saya, sama seperti orang lain yang inginkan perubahan, mengesyorkan
kepada pihak yang berwajib agar mengembalikan kerusi roda tersebut,"
ujar mangsa yang terkejut dengan peristiwa zalim berkenaan semata-mata
marah kerana beliau menghadiri majlis APS.
Sementara itu, Pengerusi APS Beluran, James Miki dan Ketua Cabang PKR,
Ambrose Kadandi telah menyerahkan empat ekor lembu korban kepada
penduduk Pulau Kaniogan dan Pulau Tetabuan yang masing-masing menerima
dua ekor lembu korban sempena perayaan Aidiladha. CYBERTROOPER APS BELURAN (sabahkini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.