Ketua Pembangkang berkata, Kabinet bayangan yang dicabar Najib supaya PR menubuhkannya adalah amalan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Menurutnya, Najib juga tidak menyatakan senarai calon menteri untuk mengambil alih tugas menteri-menteri selepas kemenangan Barisan Nasional (BN).
Katanya, "amalan bayangan Kabinat ini dilakukan di United Kingdom dan Australia yang amalkan demokrasi berparlimen."
"Ada dia (Najib) senaraikan siapa Menteri Besar Selangor, dia umum siapa akan jadi Menteri Kewangan selepas menang, tidak ...," katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas selesai membahaskan Bajet 2013 dan bajet alternatif hari ini, di sini.
Semalam, Najib Tun mencabar PR menubuhkan Kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.
"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?
"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?" katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012, semalam.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyelar kegagalan Najib menyenaraikan calon untuk wakil Menteri Besar di keempat-empat negeri PR.
Beliau juga berkata, "siapa yang bakal jadi Menteri dan Timbalan Menteri, itu senarai pemimpinan kanan ketiga-tiga parti, itu pun kalau mereka menanglah," katnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.