PULAU PINANG: Keseronokan percutian empat sekawan sempena cuti perayaan
berakhir dengan tragedi apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh
tembok penghadang Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 1.6 menghala ke
tanah besar di sini awal pagi ini, sehingga mengorbankan tiga nyawa.
Dalam nahas pukul 3.15 pagi itu, mereka yang terbunuh adalah pemandu
kereta Proton Perdana, Sadisafizan Said dari Selayang dan penumpang
hadapan Muslim Idwar dari Gombak.
Kedua-duanya yang berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Seorang lagi yang turut maut ialah gadis warga Indonesia dikenali
sebagai Mai Linda berusia 18 tahun yang meninggal dunia di Hospital
Pulau Pinang (HPP) pukul 10.30 pagi semalam.
Sementara itu di Kubang Pasu pula tiga sekeluarga yang pulang daripada
membeli-belah untuk persiapan menyambut Deepavali maut dalam kemalangan
melibatkan dua buah kereta di persimpangan lampu isyarat di Taman Suria,
Jalan Tunjang-Jitra di sini petang kelmarin.
Dalam nahas pukul 5.40 petang itu, mangsa, M. Kannigah, 61, dan G.
Rathika, 29, yang merupakan jiran Kannigah meninggal dunia di tempat
kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian badan.
Selain itu, cucu Kannigah, J. Tivyaamsheni, 13, yang merupakan pelajar
perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam
disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra.
Kesemua mereka menaiki sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu oleh D. Sivaprakash, 33, yang juga suami Rathika. - Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.