Penyanyi
Aliff Aziz diarahkan berehat selama sebulan atas nasihat doktor
selepas mengalami serangan palpitasi jantung (denyutan jantung tidak
teratur) pada Ahad.
Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat rakaman Sony
Music yang menaungi Aliff, pada Isnin, penyanyi berusia 21 tahun itu
akan dibawa pulang ke Singapura bersama keluarganya dan bakal menjalani
rawatan susulan di tempat kelahirannya itu.
Segala aktiviti seninya juga terpaksa dibatalkan dengan serta-merta atas sebab kesihatan tersebut.
Kenyataan
tersebut turut menjelaskan, apa yang berlaku terhadap Alif itu tiada
kaitan dengan isu keretakan hubungannya dengan pelakon Anne Ngasri,
baru-baru ini.
“Sidang media khas akan diadakan selepas Aliff kembali pulih bagi menjawab segala spekulasi yang melanda dirinya kini,” kata kenyataan tersebut.
“Sidang media khas akan diadakan selepas Aliff kembali pulih bagi menjawab segala spekulasi yang melanda dirinya kini,” kata kenyataan tersebut.
Penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku
itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada pagi Ahad
sebelum dia sempat membuat persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012
yang dianjurkan Star Publications di sini
Aliff
disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian
dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini
sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.