Kerajaan
Negeri optimis mempertingkatkan martabat sastera dan budaya dengan
mengiktiraf Datuk A Samad Said sebagai Sasterawan Tamu Selangor.Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengiktirafan ini sejajar
dengan perjuangan Sasterawan Negara itu gigih dan konsisten menulis
serta memperjuang isu kemasyarakatan melalui penulisan.“Karya beliau
seperti novel, cerpen dan puisi meletakkan dirinya di luar domain
permainan kebanyakan sasterawan Melayu lain,” katanya pada sidang media
selepas Majlis Pengiktirafan Sasterawan Tamu Selangor, semalam.
Menurutnya,
Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan
Negeri Selangor (Padat) akan merealisasikan pembudayaan sastera dalam
kalangan generasi muda dengan merangka beberapa aktiviti yang
melibatkan kesusasteraan yang dikendalikan Samad.
“Kerajaan
Negeri akan melestarikan usaha membudayakan sastera dalam kalangan
generasi muda agar menikmati sastera sebagai salah satu peningkatan
minda dan pemikiran,” katanya.
Sementara itu, Samad yang juga lebih dikenali Pak Samad berkata, ini permulaan yang baik di mana pertumbuhan seni dan sastera mempunyai impak yang lebih jauh.
Sementara itu, Samad yang juga lebih dikenali Pak Samad berkata, ini permulaan yang baik di mana pertumbuhan seni dan sastera mempunyai impak yang lebih jauh.
“Selain
program interaksi dengan anak muda, terdapat pelbagai lagi aktiviti
seni yang sedang direncanakan untuk mendekati pelajar sekolah rendah,
menengah, kolej serta universiti dan diharapkan melalui interaksi ini
dapat mendidik generasi muda agar terpimpin mindanya,” katanya.
Menurutnya,
galakan ini akan menggerakkan minda masyarakat terutamanya golongan
belia yang dahagakan ilmu supaya dapat meningkatkan budaya bangsa
rakyat negara ini.
Hadir sama
dalam majlis meraikan Sasterawan Tamu Negeri Selangor antaranya,
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa Exco
Kerajaan Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.