Kumpulan
Pro-Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) bercadang mengheret isu pilihan
raya kampus ke mahkamah sekiranya gagal mendapat respons positif
berhubung aduan penglibatan calon tidak layak.
Pemangku Pro-Mahasiswa UM Syis Abdul Kadir mendakwa, calon lawan mereka bukan sahaja tidak cukup syarat, bahkan menang dalam pemilihan bagi membentuk Majlis Pimpinan Mahasiswa (MPP) yang berlangsung Selasa lalu.
Kumpulan antikemapanan itu juga mendesak naib canselor membatalkan kemenangan calon daripada kumpulan musuh tradisi mereka Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi) yang terlibat.
Empat daripada lima calon yang didakwa tidak layak menang dalam pemilihan kampus.
Menurut Syis, Seksyen 52(4) Perlembagaan UM dan Peraturan 13(1)(d) Peraturan dan Panduan Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bermaksud mahasiswa tahun akhir tidak layak untuk bertanding.
Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan. Pro-Mahasiswa menang 20 kerusi, Penggerak Mahasiswa memperoleh 19 kerusi sementara bebas dua kerusi.
Tiada pemenang mutlak setakat ini ekoran pemilihan untuk dua fakulti diadakan semula ekoran keputusan seri sebelum ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.