Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, bagaimanapun mereka juga akan mengambil tindakan untuk menyiasat perkara yang tidak patut dilakukan tambahan lagi dalam sambutan kemerdekaan.
"Kita menolak sekeras-kerasnya perkara tersebut dan akan menghalang cubaan yang memberi gambaran yang tidak baik terhadap negara kita.
"Ia perlakuan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak dapat menilai sambutan kemerdekaan yang menjadi tanggungjawab kita dalam membela dan menyemarakkannya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Sebelum ini, tindakan beberapa individu yang membawa ’bendera baru’ kononnya tidak bersetuju dengan Jalur Gemilang sedia ada pada ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka malam kelmarin dibidas pelbagai pihak.
Malah gambar individu yang membawa bendera ini mula mendapat respons yang tinggi di laman web.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.