Sidiqin Omar
PULAU PINANG: Pakatan Rakyat tiada niat menukar Jalur Gemilang
apabila menawan Putrajaya kelak pada pilihan raya umum akan datang,
kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak ada niat untuk kita tukar bendera Malaysia. Hanya Umno yang
tak mahu belajar sejarah pejuang terdahulu. Ada kita dengar fatwa dari
Haji Hadi (Awang)? Tidak ada. Ada (Lim) Kit Siang keluar kenyataan?
Tidak ada,” katanya.
Bagaimanapun,
beliau kesal kerana orang Umno buta sejarah dan tidak kenal bendera
Sang Saka Mera Putih yang menjadi simbol perjuangan kemerdekaan sejak
zaman pra-merdeka.
“Sang Saka Merah Putih adalah bendera perjuangan kemerdekaan.
Anak-anak muda yang kibar bendera itu pada malam kemerdekaan ke-55 itu
mahu kita ingat kembali pejuang-pejuang kemerdekaan.
“Mereka berjasa. Dr Burhanuddin Al-Helmy dari Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM). Selepas itu jadi Presiden Pas. Datuk Onn (Jaafar) juga.
Dia bijak dan keluar. Sama macam saya juga, bijak dan keluar Umno,”
katanya sambil berseloroh.
Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 hadirin di majlis jamuan
hari raya KEADILAN Changlun, petang tadi berikutan juak-juak Umno
mentohmah kononnya Pakatan akan menukar bendera jika menang.
Terdahulu,
Anwar bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor
Osman bersama Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin hadir jamuan raya
KEADILAN Perlis di pekan Kuala Perlis.
Dalam isu lain, Anwar berkata, Umno memainkan isu jemputan sambutan
malam Ambang Kemerdekaan ke-55 dengan Istana Selangor di Shah Alam
minggu lalu kerana kehabisan modal politik.
“Tidak ada isu. Tapi, tak mengapa. Kita boleh minta Menteri Besar
Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) mengadap (Sultan Selangor). Tidak ada
masalah,” katanya.
Program jelajah Merdeka Rakyat diteruskan dengan program tazkirah di
Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar manakala ceramah perdana
jam 9 malam ini di Stadium Darulaman, Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.