Harakahdaily, |
Dalam keputusan yang dibacanya hampir dua jam dari pukul 3 petang di Mahkamah terbuka petang semalam, Hakim Varugesh memutuskan tuntutan Aminah ke atas PAS adalah bercanggah dengan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 kerana PAS tidak boleh disaman atas nama parti politik.
Tuntutan ke atas Ahmad Lutfi pula ditolak kerana Plaintif gagal membuktikan bahawa Lutfi adalah Ketua Pengarang Harakah pada masa berita bertajuk 'kenyataan Aminah bertentangan syariat' diterbitkan.
Di samping itu Mahkamah juga memutuskan bahawa laporan berita di akhbar Harakah yang ditulis oleh Sabri adalah dilindungi oleh pembelaan perlindungan bersyarat (qualified priviliged) kerana berita itu adalah berkepentingan awam dan Harakah hanya melaporkan kenyataan para pemimpin PKR yang memberi respon ke atas kenyataan Aminah yang disiarkan sebelum itu di akhbar Sinar Harian.
Mahkamah menyatakan Sabri hanya melaporkan berita tersebut dan keterangan Sabri disokong melalui keterangan kontemporari seperti buku catatan wartawan yang dikemukakan sebagai keterangan.
Dengan penolakkan saman tersebut, Mahkamah juga mengarahkan Aminah membayar kos sebanyak RM15 ribu kepada defendan bertiga tersebut.
Semasa perbicaraan tersebut, Aminah telah di 'grill' oleh Hanipa dalam pemeriksaan balas yang panjang sehingga beliau nampak agak kelam kabut dan letih disoal bertalu-talu oleh Hanipa.
Mahkamah bagaimanpun membenarkan tuntutan Aminah ke atas tiga orang pemimpin PKR Pulau Pinang dalam kes yang sama.
PAS, Ahmad Lutfi dan Sabri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.