MSO
Masih belum terbahar luas lagi seorang ketua Umno di sebuah
bahagian di Kelantan dikatakan sedang disiasat SPRM berhubung pemilikan
wang sebanyak lebih RM10 juta. Cerita ini sudah kedengaran dalaman parti
berkenaan namun ia masih disembunyikan demi menjaga maruah parti
berkenaan.
Ketua bahagian berkenaan dikatakan mempunyai beberapa akaun berasingan.
Pengumpulan wang sebanyak itu dilakukan dalam tempoh empat tahun.
Apa yang menjadi persoalan dan meragukan, ketua bahagian berkenaan tidak
diketahui menjalankan apa-apa perniagaan besar untuk membolehkan beliau
memiliki wang sebanyak itu baik sama ada di Kelantan atau pun di luar
Kelantan.
Berhubung siasatan SPRM ini pihak musuh Umno juga masih belum
mengetahuinya. Sudah pasti cerita yang dianggap sensasi ini akan
tersebar juga menjelang pilihan raya akan datang.
Ketua Umno bahagian juga beriya untuk menjadi calon dalam pilihan raya
dan sedang melobi agar namanya dicalonkan. Sudah tentu dengan berita ini
ia boleh menjejaskan peluang ketua Umno bahagian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.