KELAB GREENBOC
Nak tweet terpaksa guna BOT. Nak penyokong terpaksa beli. Tak beli, tak kerah, tak paksa budak sekolah tiada sapa nak datang. Nak penuhkan stadium pon terpaksa kerah budak2 skolah pi. Itu pun BE-END mendada kata kuat, gagah, utuh, semua ada. Kuat tak sangga parlimen tak bubar2 juga. Cari cara untuk beri BOT mengundi kot?
Firma kajian: Tweet #Merdeka55 mungkin dihasilkan bot
Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.
Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.
Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.
Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.
TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.
"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.
Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.
Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. -mk
KUALA LUMPUR - Sasaran 1 juta "Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna "Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman "Tweet #Merdeka55" pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Pada malam tersebut kita akan menjiwai sambutan kemerdekaan dengan melakukan tweeting sehingga 1 juta, kita mohon sesiapa yang menggunakan twitter dapat tweet sebagai melambangkan kasih sayang kita kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan, Jumaat ini.
Beliau berkata bagi menjayakan hasrat kerajaan itu, kementeriannya telah memohon kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar membuat persediaan supaya tiada gangguan transmisi daripada segi komunikasi pada waktu tersebut bagi membolehkan pengguna Twitter membuat tweet.
Rais berkata sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghimpunkan seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada perhimpunan tersebut, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) secara percuma akan disediakan kepada pengunjung.
"LRT secara percuma akan disediakan kepada pengunjung yang akan ke Bukit Jalil seawal pukul 8 pagi sehingga selesai perhimpunan itu....saya minta pengunjung yang datang dari Lembah Klang, dan seluruh tanah air agar dapat hadir bagi meramaikan perhimpunan ini," katanya.
Dalam pada itu beliau turut membidas tindakan pakatan pembangkang yang hanya pandai mempolitikkan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang keterlaluan.
"Sepatutnya sempena sambutan hari kemerdekaan pada kali ini mereka (pembangkang) bersama-sama kita meraikannya dan memberikan sedikit bantuan tapi apa boleh buat, itu memang kerja mereka untuk membangkang.
"Tetapi mereka harus ingat sejak negara kita mengecapi kemerdekaan, pembangkang pun turut sama mengecapi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan kita dari peringkat sekolah sehingga mereka memperolehi pekerjaan," katanya.
Beliau turut menepis dakwaan beberapa portal pembangkang yang mengatakan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini hanya disambut oleh golongan yang prokerajaan sahaja.
"Ada orang mengkritik mengatakan kita tidak menjemput sesetengah orang untuk hadir bersama-sama kita pada malam tersebut, itu semua tidak benar.
Kita menyediakan jemputan sebenarnya, kita jemput semua masyarakat tidak kira apa kepercayaan mereka dan latar belakang politik yang didukungi mereka," katanya.
Terdahulu, Rais menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan yang disertai lebih 13,000 peserta dari pelbagai latar belakang agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan badan korporat bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 kali ini.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.