Ahad, 2 September 2012

Budak enggan bersalam dengan Rosmah terhangat

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Gambar pelajar tahfiz yang enggan bersalam dengan Datin Seri Rosmah Mansor di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya minggu lalu oleh http://omakkau.blogspot.com ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-35.

 Di tangga kedua, berita mengenai bagaimana Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terbelit kantoi oleh kenyataannya yang berbelit-belit untuk menyelamatkan diri dan Pemuda Umno daripada laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia menyiarkan poster yang membawa mesej menghasut melampau.

Berita mengenai kesediaan suspek utama yang dikaitkan dengan isu ‘sumbang mahram’ yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar untuk memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog pula menduduki tangga ketiga.

Berita bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disusahkan lagi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sambutan Merdeka kali ini melalui ‘kejayaan’ mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam pada 31 Ogos lalu pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah berita blog http://greenboc.blogspot.com mengenai isu dakwaan Umno dan para bloggernya terhadap Pakatan Rakyat yang kononnya ingin menggantikan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi. Perkara tersebut telahpun dinafikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 26 Ogos hingga 1 September, 2012.

1
Mengapa budak ni tak mahu bersalam dengan Rosmah?
2
"Ya, bukan laman FB kami" kata Khairy Jamaluddin.. tapi akhirnya...KANTOI!
3
Suspek kes sumbang mahram kaji fail saman
4
Tweet #Merdeka55: Najib dimalukan lagi oleh Rais?
5
Kantoi!!! Bendera Malaysia: Umno tiada modal, fitnah PR
6
Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan
7
Daniyar diseludup masuk atau memang bersembunyi di Malaysia?
8
Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam
9
Rumah terbuka MB Kedah dibanjiri lautan manusia
10
Koleksi gambar Janji Demokrasi di Dataran Merdeka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.