MOHD ZAILANI ABDUL RAHMAN
Anwar Ibrahim dan
Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan kerosakan pada bas PKR yang
diletakkan di pekarangn Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.
Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat
dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar
dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan
mereka awal pagi tadi.
Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti
menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau
dan parti itu.
Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
"Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.
Siri jelajahnya akan diteruskan ke Tanah Merah sebelum memasuki perjalanan ke Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.