Khamis, 27 September 2012

ADUN DAP dakwa Noh dapat tanah 'lepas jadi MP'

Kuek Ser Kuang Keng


 
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mempertikaikan dakwaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung pemilikan tanah seluas 12 hektar yang menjadi tapak untuk satu projek ternakan udang.

Ng mengemukakan dokumen yang menunjukkan bahawa pemilikan tanah Noh ke atas tanah di Tanjung Karang itu hanya didaftarkan selepas menteri tersebut menjadi MP kawasan berkenaan pada 1995.

Dakwanya, perkara itu menunjukkan bahawa Noh "sekali lagi menipu dan mengelirukan rakyat".

Tambahnya, perkara itu bercanggah dengan penjelasan Noh pada Julai bahawa menteri tersebut memiliki tanah tersebut "sebelum menjadi MP atau menjadi peguam".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.