MALAYSIA KINI
Polis menetapkan perhimpunan "Janji Demokrasi" di Dataran Merdeka malam ini bertentangan dengan undang-undang negara.Anggota jawantankuasa penganjur Maria Chin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya.
Alasan yang diberikan kepada penganjur:
(1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi.
(2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.
(3) Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.
Sementara itu, polis Bukit Aman turut memuatkan pesan di Facebook supaya orang ramai yang berkumpul di Dataran untuk meraikan ambang merdeka mematuhi undang-undang dan menjaga tingkah laku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.