Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan hukuman penjara
tiga bulan ke atas penulis blog, Amizudin Ahmat selepas beliau memohon
penangguhan hukuman ke atasnya kerana menghina mahkamah dengan terus
menyiarkan artikel mengenai Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Hakim Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan tersebut selepas peguam bela Rais, Sarah Abishegam memberitahu mahkamah bahawa responden tidak membantah permohonan Amizudin itu supaya menangguhkan hukuman ke atasnya sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap hukuman penjara tersebut.
Pada 10 Ogos lepas, Hakim Zabariah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Amizudin setelah mendapatinya bersalah menghina mahkamah kerana terus menerbitkan 11 artikel yang memalukan Rais.
Beliau memutuskan bahawa Amizudin melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada menerbitkan artikel mengenai Rais itu di laman blognya.
Kesemua 11 artikel berkenaan disiarkan selepas mahkamah pada 19 Julai membuat keputusan menyebelahi Rais berhubung saman yang difailkan terhadap Azimudin, yang juga diperintahkan membayar ganti rugi sejumlah RM300,000 dan kos RM100,000 kepada menteri itu.
Rais memfailkan saman malunya pada 31 Jan 2011 terhadap Amizudin, 42, yang juga seorang anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung satu artikel yang disiarkan menerusi laman blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis 2010.-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.