MSO
Wah Setiuasaha Agung Umno yang mengubah namanya dari Teuku Adnan
menjadi Tengku Adnan Tengku Mansor bangkit membela Mahathir Mohamad
dengan menuduh orang Pas memanipulasikan kata-kata Mahathir yang kurang
menyenangkan mengenai kata-kata yang boleh merosakkan akidah dengan
menyebut syaitan juga kadang kala ada melakukan kesalahan.
Nauzubilahiminazalik.
Adnan membela Mahathir kononnya Mahathir tidak berkata demikian tetapi
kata-kata sebenar bekas PM itu sengaja dimanipulasikan oleh orang Pas.
Selanjutnya Adnan juga kata politik Pas sudah begitu terdesak sangat
sehinggakan sanggup memutar belitkan kata-kata Mahathir.
Kalau hendak bela pun jangan sembarangan bela. Adnan perlu tahu apakah
Mahathir berak atau terkicik. Kalau setakat terkicit tidak menjadi
masalah ia boleh ditahrahkan dengan kerta tisu atau tanah atau air
mineral sahaja. Tetapi kalau sudah terberak berat memerlukan air
mustamal sekurang-kurangnya tujuh kolah kalau tidak busuknya akan meruap
ke seluruh Malaya.
Apa yang berlaku kepada Mahathir itu dia sudah berak bukan terkicit.
Jadi tidak timbul soal Pas memanipulasikan kata-kata Mahathir itu.
Memang dalam pengertian pepatah Inggeris disebut Adnan itu kononnya
dimaksudkan Mahathir ia bermaksud demikian. Dia menganggap Umno sebagai
syaitan dan Pakatan Rakyat khasnya Anwar sebagai malaikat. Dalam fiqh
Islam menyamakan sesuatu dengan keadaan tidak wajar adalah berosa.
Apa yang Mahathir hendak maksudnya rakyat lebih baik berkawan atau
memilih syaitan yang dikenali (Umno BN daripada memilih Pakatan Rakyat
(malaikat) yang belum diketahui jahat atau tidaknya. Apa dimaksudkan
Mahathir Pakatan Rakyat adalah malaikat yang tahu menabur janji dan
belum tahu akan laksanakan atau tidak.
Itu pengertian dan maksud yang hendak disampaikan. Masalahnya di sini
Mahathir 'borah' mulut dengan mengumpamakan Umno sebagai syaitan jahat
dan Pakatan Rakyat sebagai malaikat. Yang salahnya apabila Mahathri
jahil murakab tidak tahu membezakan di antara syaitan dengan malaikat.
Sebab itulah pandangan menurut akal di dalam agama tidak boleh diterima
sewenang-wenangnya. Islam ataupun ilmu Allah itu perlu disuluh dan
dilihat dari berbagai sudut dengan berbagai ilmu.
Kalau hendak kena Allah kena kenal sampai ke makrifah dengan
memulakannya menerusi syariat, tariqat dan hakikat. Selain memilik
keempoat-empat ilmu itu kena yakin apa yang dipelajari atau dituntut itu
sampai ke peringkat qul hak qul yakin.
Apabila Tuhan telah mencipta syaitan dan malaikat ia tidak berubah akan
fungsi dan tugasnya. Syaitan walaupun dikenali hatta berada di dalam
rumah kita, ia kena ditentang dan kerja dan misinya adalah jahat. Tidak
ada pengertian baik kepada syaitan. Anggota keluarga kita yang minum
arak walaupun dalam rumah dan orang tidak nampak, ia tetap meniru
perangai syaitan.
Begitu juga kalau Tengku Adnan misalnya duklu-dulu ada menyimpan arak di
rumahnya walaupun orang tidak tahu tetapi perbuatan itu tetap perbuatan
syaitan. Yang suka arak, judi, zina dan rasuah adalah syaitan termasuk
syaitan yang dikenali.
Sebelum hendak mengulas dan membela Mahathir lebih baik Adnan merujuk
kepada ulamak atau para "Abu" dari Ach duhulu. Cara Adnan membela
Mahathir dalam keadaan kabur begitu memalukan warga Aceh yang
bermastutin di sini kerana negeri Aceh dikenali sebagai negeri Serambi
Makkah.
Elok Adnan hantar persoalan Mahathir dengan istilah syaitan baik dan
malaikat jahat itu ke Banda Aceh biar ulamak di sana mentafsirkannya.
Mengenai tuduhan orang Pas pandai memanipulasikan kata-kata, ia tidak
menghairankan kerana Umno juga begitu dan Pas yang menerima prinsip dan
sistem demokrasi sama macam Umno. Masa Nik Aziz membuat perumpamaan
Tuhan juga mencaru suatu masa dulu bagi menunjukkan Tuhan marah dan
benci kepada manusia yang jahat, wah bukan main lagi orang Umno termasuk
Mahathir sendiri.
Mereka ecer dan heret kata-kata Nik Aziz itu untuk memburuk dan
menggambarkan begitu rupa Islam Nik Aziz. Siang malam rakaman ucapan Nik
Aziz itu disiarkan dalam televisyen penjilat buntut. Kenapa waktu itu
Adnan tidak murih kepada Mahathir dan orang Umno yang memanipulasikan
kata-kata Nik Aziz. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Jangan double standard tidak baik. Kalau kita juga jahat jangan
cuba hendak tuduh orang lain jahat. Hari ini orang sudah baik tetapi
kita masih meneruskan kejahatan. Pembelaan Adnan kepada Mahathir itu
menyerlahkan akan kejahilan pemimpin Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.