Isnin, 27 Ogos 2012

Nur Suryani pilih bersalin di PPUM

SINAR HARIAN

Nur Suryani Mohd Taibi
Nur Suryani Mohd Taibi yang sarat mengandung anak pertama dan suaminya, Marhazli Mokhtar, 27
 
KUALA LUMPUR - Nur Suryani Mohd Taibi, penembak negara yang bertanding di Sukan Olimpik London ketika sarat mengandung, memilih Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah Pantai untuk melahirkan anak pertamanya.

Nur Suryani, 29, yang kini hamil hampir sembilan bulan dijangka bersalin pada 13 September depan.

"Insya-Allah jika tidak ada halangan...saya akan bersalin di PPUM," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.

Walaupun gagal meraih pingat pada temasya Sukan Olimpik London baru-baru, penembak yang berasal dari Perak itu berharap kelahiran anak sulungnya dapat mengubati kekecewaannya meraih pingat di London.

Pemenang pingat emas bagi acara 10m Air Rifle Wanita di Sukan Komanwel India pada 2010 itu gagal mara ke pusingan akhir apabila sekadar menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing pada saingan awal di Olimpik London 2012.

Nur Suryani juga berharap anaknya akan mengikut jejak langkahnya menjadi atlet satu hari nanti.-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.