Rabu, 1 Ogos 2012

Lajim: ‘Saya tidak mahu komen apa-apa’

SINAR HARIAN

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin
 
 
KOTA KINABALU - Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin enggan mengulas buat masa ini isu berkaitan pembatalan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berkuatkuasa serta-merta.

"Saya belum komen apa-apa dahulu... nanti pada masa yang sesuai saya akan buat kenyataan," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.

Ini mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Lajim bagaimanapun berkata beliau masih kekal sebagai anggota Umno. Sementara itu, setiausaha Barisan Nasional Negeri Datuk Abdul Rahman Dahlan, dalam reaksi segera berikutan pembatalan pelantikan Lajim itu berkata, tiba masanya satu tindakan diambil terhadap Lajim.

"Apa yang diputuskan oleh Agong adalah betul. Sesuatu perlu dibuat. Sekarang Perdana Menteri perlu meneliti senario keseluruhan, sama ada hendak membiarkan jawatan itu dikosongkan atau mengisinya," katanya.

Abdul Rahman, yang juga anggota Parlimen Kota Belud, berkata tindakan seterusnya ialah untuk "memecat Lajim daripada Umno". Katanya, Lajim tidak sepatutnya menentang parti tetapi kekal sebagai ahli.

Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun pula berkata, keputusan Najib itu merupakan prerogatifnya sebagai Perdana Menteri untuk melantik atau membatalkan jawatan seseorang dalam Kabinetnya. - Bernama

9 ulasan:

  1. Well time will tell your thing Lajim.

    BalasPadam
  2. Tiada jawapan pun tidak apa pasal kami semua sudah faham.

    BalasPadam
  3. You have given us a clear answer so no need for further explanation.

    BalasPadam
  4. Never mine, your friends have told us.

    BalasPadam
  5. Masa akan membongkar segalanya. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah.

    BalasPadam
  6. Cuma bagus jugalah si Lajim tak komen apa-apa. Biar rakyat yang nilai sendiri.

    BalasPadam
  7. mmg patut Lajim dipecat, lagipun mmg itu dia inginkan sebelum ini. kata sedia dipecat.

    BalasPadam
  8. Lajim tak perlu komenlah. rakyat faham jg tu.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.