Sehubungan itu kata beliau, pihaknya juga tidak pernah mengatakan akan menerima atau menolak pingat atau darjah kebesaran sebab ia tidak pernah ditawarkan kepada pemimpinnya.
Justeru kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, sukar untuk menjawab soalan berkenaan dengan isu tersebut sekarang.
"Saya tak pasti, bagaimana nak menjawab bagi perkara ini... Kita bukan nak gelaran datuk.
"Kita perlu tunggu gelaran itu diperkenan oleh raja (istana) dahulu sebelum saya menjawab
"Mana boleh jawab 'ya' tanpa perkenan raja, dan kalau jawab 'tidak', akan dianggap tidak menghormati raja," katanya lagi.
Guan Eng berkata, menerima darjah dan bintang kebesaran bukanlah matlamat beliau menjadi pemimpin.
"Kita berjuang untuk rakyat bukan untuk mendapat anugerah. Lagi pun untuk menerima anugerah mesti diperkenan oleh raja dulu," katanya kepada sidang media di sini.
Laporan media minggu lalu memetik seorang pemimpin DAP Selangor mencadangkan pemimpin-pemimpin parti itu supaya melakukan anjakan paradigma dengan menerima darjah dan bintang kebesaran yang dikurniakan oleh Raja-Raja Melayu.
Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, perubahan itu perlu bagi membuktikan bahawa DAP tidak anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Institusi Raja Melayu.
"Sampai masa pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Dr Chen Man Hin... mereka patut terima darjah kebesaran Raja Melayu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.